Kata-kata manis sehidup semati akan terbukti selepas mendirikan rumah tangga, sekiranya seseorang itu sanggup melalui pelbagai cabaran dan kesusahan tanpa merungut bersama pasangannya.
Situasi seperti itu dihadapi oleh seorang wanita, @babyput_official apabila nekad menjaga pasangannya yang dikenali sebagai Mr Edd sehingga perlahan-lahan pulih dipercayai akibat penyakit hipertiroid.
Menerusi satu perkongsian video di aplikasi TikTok, difahamkan lelaki turut menderita selepas mengalami kemalangan jalan raya sebelum dijaga dengan penuh kesabaran dan ketabahan.
@babyput_official orang buang dia waktu sakit…aku jaga smpai sembuh n gemokk dah skrg.. jngn dok mai balik bila dah tngok aku jaga elok🤣 tranjang mampoihh 🤣
Berdasarkan kapsyen, @babyput_official menulis dengan memberi bayangan seolah-olah pasangannya telah ‘dibuang’ oleh pihak tertentu, namun dia tidak berputus asa bagi memastikan lelaki tersebut kembali sihat.
“Orang buang dia waktu sakit… aku jaga smpai sembuh dan gemuk dah sekarang. Jangan dok mai (datang) balik bila dah tengok aku jaga elok,” tulisnya.
Rakaman berdurasi 36 saat itu memaparkan kompilasi momen @babyput_official setia bersama pasangannya yang berwajah pucat dan keadaan fizikal cengkung sehingga kini dilihat semakin bermaya serta berisi.
@babyput_official merajuk lari rumah rasa..ada sapa2 kenai dak 🥺🥺 kesian kat dia
Video berkenaan meraih 1.1 juta tontonan dan hampir 3,000 komen netizen yang tumpang gembira dan berbangga dengan kecekalan wanita itu apabila bersusah payah menjaga pasangannya.
Tidak cukup dengan itu, netizen turut memuji @babyput_official yang disifatkan wanita hebat selain mendoakan pasangan tersebut kekal bahagia hingga ke syurga.





Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan status kedua-duanya sama ada pasangan suami isteri atau sebaliknya kerana terdapat komen berhubung hari pernikahan mereka.


Sumber: TikTok @babyput_official




