KELAB sensasi London, Arsenal mencerahkan impian untuk beraksi di pentas Liga Juara-Juara musim depan selepas menewaskan Leeds United, 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad.
Kemenangan ke-21 liga selepas mengharungi 35 perlawanan menyaksikan skuad yang mendapat sentuhan Mikel Arteta, memperkukuhkan cengkaman dalam kelompok empat terbaik dengan 66 mata – empat mata mengatasi pesaing terdekat yang juga tetangga London, Tottenham Hotspur.
Dalam perlawanan itu, gol The Gunners dijaringkan Eddie Nketiah pada minit kelima dan ke-10′, untuk selesa mendahului babak pertama 2-0 selepas The Whites terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Luke Ayling dilayangkan kad merah di minit ke-27′.
Leeds kendalian Jesse Marsch cuba bangkit pada babak kedua akhirnya berjaya menghasilkan gol hasil sentuhan Diego Llorente pada minit ke-66.
KEPUTUSAN
Liga Perdana Inggeris
Arsenal 2-1 Leeds United
Nketiah 5’10’
Diego Llorente 66′
Leicester City 1-2 Everton
Mykolenko 6′
Daka 11′
Holgate 30′
Norwich City 0-4 West Ham
Benrahma 12′
Antonio 30′
Benrahma 48′
Lanzini 65′



