Puripol, Kayla raja dan ratu pecut Asia Tenggara

Puripol, Kayla raja dan ratu pecut Asia Tenggara

ATLET pecut Thailand, Puripol Boonson ditabalkan Raja Pecut Asia Tenggara yang baharu apabila memenangi acara 100 meter lelaki di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi pada Rabu.

Atlet berusia 16 tahun itu mencatat masa 10.44 saat bagi memenangi pingat emas kedua peribadinya pada Sukan SEA kali ini.

Untuk rekod, Purapol turut memenangi emas bagi acara 200 meter dengan catatan 20.37 saat yang juga rekod baharu Sukan SEA bagi acara berkenaan.

Sementara itu bagi acara 100 meter wanita, atlet pecut Filipina, Kayla Richardson muncul ratu pencut baharu Asia Tenggara apabila memenangi emas bagi acara berkenaan.

Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium

Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Scroll to Top