Pelakon cantik, Anzalna Nasir selamat melahirkan bayi kedua pada hari ini.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh suami kepada pelakon tersebut, Hanif Zaki menerusi akaun Instagram dengan memuat naik sekeping gambar mereka bertiga di dalam bilik bersalin.
Menerusi kapsyen, suami pelakon tersebut, dia meluahkan kesyukuran serta mengucapkan terima kasih di atas doa dititipkan orang ramai untuk isteri dan zuriat terindahnya itu.
“Alhamdulillah syukur, berkat hari Jumaat! Bayi kedua kami selamat selamat dilahirkan pada hari ini.”tulisnya.
Pun begitu, Hanif memberitahu isteri tercinta itu sepatutnya melakukan pemeriksaan kandungan buat kali terakhir, tetapi kehendak dan ketentuan yang ditetapkan oleh Allah tidak dapat disangkal lagi. Keajaiban pasti perlu dalam apa-apa jua keadaan sekalipun.
Ramai mengucapkan ucapan tahniah serta mendoakan agar bayi mereka menjadi anak solehah.




Sumber: Instagram @hanif_zaki




