TIDAK RASMI: Onn Hafiz menang DUN Machap

TIDAK RASMI: Onn Hafiz menang DUN Machap

PETALING JAYA: Datuk Onn Hafiz Ghazi dilaporkan berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap berdasarkan keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor setakat pukul 7.30 malam tadi.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi menerusi laman web MyUndi, Onn Hafiz memperoleh 6,509 undi berbanding calon Pakatan Harapan (PH), Nor Hafiz Roslan yang meraih 2,393 undi.

Setakat ini, sebanyak 8,902 undi telah dikira bagi kerusi berkenaan..

Seramai 35,206 pengundi berdaftar layak mengundi di DUN Machap pada PRN Johor kali ini. – UTUSAN

Scroll to Top