LATEST

Edar dadah guna aset TUDM: 3 pegawai antara 6 didakwa

Edar dadah guna aset TUDM: 3 pegawai antara 6 didakwa

lokman.khairi@hmetro.com.my

Baca juga: Istiqamah Dalam Islam: Cara Kekal Beramal Walau Perlahan

Shah Alam: Tiga pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan tiga orang awam didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan mengedar dadah menggunakan aset TUDM.

Leftenan Amir Ariffudin Aminullah, 33, Leftenan Muhammad Arief Fauzan Mohd Ali, 27, Kapten Muhammad Amirul Faisall Rosdin, 34, Tan Sui Seng, 48, Nur Hanis Syafiqah Muhammed Amin, 28, dan Afifah Amdas, 34, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa secara bersama-sam mengedar dadah jenis methamphetamine 96.2 kilogram (kg) di Pangkalan TUDM Subang pada 17 November lalu

Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

Kes itu susulan penahanan 11 individu terdiri daripada lima pegawai dan anggota TUDM serta enam orang awam dalam operasi di Lembah Klang dan Labuan kerana disyaki terbabit aktiviti penyeludupan dadah menggunakan aset TUDM pada 17 November lalu,

Polis turut merampas 96.64 kilogram (kg) dadah disyaki syabu bernilai RM4.83 juta serta 6.98 kg bahan kimia dalam operasi terbabit.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news