LATEST

Istana Seri Menanti jadi tumpuan istiadat angkat sumpah Exco pagi ini

Istana Seri Menanti jadi tumpuan istiadat angkat sumpah Exco pagi ini

KUALA PILAH: Istana Seri Menanti menjadi tumpuan hari ini bersempena istiadat mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan.

Majlis dijangka bermula pukul 10 pagi bakal berlangsung di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Baca juga: SPRM tolak dakwaan amalan siasatan dua darjat

Istiadat itu turut menandakan bermulanya tanggungjawab barisan Exco dalam membantu Menteri Besar menerajui pentadbiran dan pembangunan negeri.

Tinjauan mendapati petugas media mula memasuki pekarangan istana bagi membuat liputan istiadat berkenaan yang dijadualkan.

Beberapa anggota polis turut berkawal di pintu 2 istana memeriksa tetamu dan petugas yang dibenarkan menghadiri istiadat terbabit.

Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim bersama barisan EXCO yang bakal mengangkat sumpah pagi ini dijangka tiba pada pukul 9.40 pagi.

The post Istana Seri Menanti jadi tumpuan istiadat angkat sumpah Exco pagi ini appeared first on Utusan Malaysia.

Latest news