am@hmetro.com.my
Baca juga: Kerajaan tiada dana khas untuk PIBG – Fadhlina Sidek
Labuan: Seorang kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh daripada jambatan berhampiran rumahnya di perkampungan air Kampung Patau-Patau Dua, di sini, malam tadi.
Mangsa ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR), awal pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan Abd Rahman Ali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, jam 10.30 malam.
Katanya, pihaknya bersama Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) tiba tiga minit kemudian sebelum operasi mencari dan menyelamat dijalankan.
“Mangsa ditemukan jam 12.57 tengah malam, namun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi.
“Mayat dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd