Umum mengetahui penceraian boleh mendatangkan kesan buruk kepada institusi kekeluargaan terutamanya gangguan emosi anak-anak.
Bukan itu sahaja, bahkan hubungan bersama bekas pasangan selepas itu akan berasa kekok. Namun lain pula bagi seorang wanita ini.
Menerusi hantaran tular di Facebook yang dikongsikan oleh seorang pengguna dikenali Mama Aldy, wanita itu mengucapkan mengucapkan tahniah serta mendoakan kebahagiaan buat adik kandungnya berkahwin dengan bekas suaminya.
Perkongsian wanita itu jelas menunjukkan bahawa dirinya merestui hubungan yang terjalin di antara pasangan tersebut, meskipun pahit untuk menerima kenyataan.
Apa yang menariknya, Mama Aldy dilihat bukan sahaja mengucapkan tahniah atas kebahagiaan yang dikecapi oleh adik kandungnya itu, sebaliknya dua kali.
Pada hantaran kedua, wanita itu memuat naik gambar bekas suaminya sedang ketawa sambil merangkul pinggang adik perempuannya, seolah-olah menggambarkan kegembiran dan kebahagiaan.
“Adik kandungku, semoga kau selalu bahagia bersama bekas suamiku. Selamat menjalani kehidupan baharu.”tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengkritik tindakan adik kepada Mama Aldy itu apabila mereka mendapat tahu dia berkahwin dengan bekas suaminya.
Di samping itu, ada yang mengatakan adik wanita itu sudah hamil.



Apa-apa pun, didoakan semoga Mama Aldy tabah mengharungi dugaan tersebut demi anak-anak.
Sumber: Facebook Mamanya Aldy




