Setiap ibu pasti mahukan yang terbaik untuk anak mereka, terutamanya baru melahirkan zuriat buat kali pertama seperti memberikan susu badan kepada mereka.
Namun, tidak semua insan bergelar ibu bernasib baik bagi menghasilkan susu badan yang mencukupi sehingga terpaksa memberikan susu formula kepada bayi mereka di awal usia.
Ini tidak terkecualilah seorang ibu yang berkongsi masalah yang dialaminya di laman TikTok baru-baru ini.
Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna dikenali @missfieey, dilihat meluahkan kekecewaan apabila terdapat segelintir orang mempersoalkan sebab tidak memberikan susu badan kepada anaknya yang baru berusia empat bulan.
@missfieey Bab susu ibu sensitive sikit taw..☹️
Apa yang lebih membuat hati seorang ibu terasa apabila dirinya dimarahi oleh jururawat atau sinonim dengan panggilan misi setelahmendapati wanita itu memberikan anaknya susu formula.
“Kenapa awak bagi dia minum susu formula? Bukan ke saya dah beritahu supaya bagi anak itu minum susu badan?”kata misi tersebut.
@missfieey Semoga ibu2 di luar sana dpt memberi bf sepenuhnya utk ank2…
Hati siapa tidak dirobek apabila seorang misi mengatakan tindakan yang dilakukan oleh wanita tersebut seolah-olah tidak kesian pada anaknya yang masih bayi. Pastinya setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anak mereka dan tidak meminta mempunyai susu badan yang sedikit.

Jelas wanita itu, dia bukanlah enggan untuk breastfeeding anaknya itu kerana dia sendiri buntu memikirkan kaedah untuk menambahkan susu badan, lebih-lebih lagi dirinya sibuk bekerja.

Pun begitu, jawapan yang diberikan oleh wanita itu sekali lagi menerima kritikan oleh misi itu dan mengatakan ia hanyalah alasan. Sebaik sahaja mendengar alasan yang diberikan oleh wanita itu, misi tersebut mendesak dirinya untuk berhenti bekerja demi memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap tumbesaran anak.

Bengang dengan jawapan yang diberikan, ramai netizen menyelar tindakan misi tersebut.


Selain itu, ada yang memberikan cadangan kepada wanita itu supaya mengikuti kumpulan ‘Happy Breastfeeding’ di Facebook bagi mendapatkan banyak ilmu.
Sumber: TikTok @missfieey




