Ikut ‘trend’ TikTok tayang gambar dengan bapa, anak dara Awie jadi perhatian

Ikut ‘trend’ TikTok tayang gambar dengan bapa, anak dara Awie jadi perhatian

Jika kita mengikuti perkembangan video di TikTok, pasti ada sahaja trend terbaru yang dibuat dan menjadi sorotan ramai.

Kali ini, trend menunjukan gambar sewaktu kecil bersama bapa dan gambar terkini telah menjadi fenomena pula sehingga ramai yang berkongsi foto-foto mereka dengan perubahan yang agak ketara.

Namun begitu, perkongsian seorang gadis menggunakan nama akaun TikTok @.aleeyantasha telah menarik perhatian ramai apabila kehadiran seseorang yang sangat dikenali ramai dalam foto sewaktu dia masih kecil.

@.aleeyantasha

still & always daddy’s girl 😗❣️

♬ suara asli – 🪐 – 🐙

Mana tidaknya, @.aleeyantasha  atau nama sebenarnya Puteri Aleeya Antasha Ahmad Azhar merupakan anak kepada vokalis band rock ternama Tanah Air, Wings, iaitu Awie.

Perkongsian tersebut membuatkan warganet agak terkejut kerana penyanyi rock terbabit sudah pun mempunyai anak gadis yang cukup cantik.

Difahamkan, Puteri Aleeya Antasha merupakan anak pelakon filem Sembilu itu dengan bekas isteri pertamanya, Arni Nazira.

Baru-baru ini juga, Awie dan keluarga telah menyambut ulang tahun kelahiran anak gadisnya yang ke-21 bersama-sama seperti yang dikongsikan Aleeya di TikTok.

@.aleeyantasha

draft — #tb 21st birthday memories ♡

♬ Good bye – Piano Arrangement – Shin Giwon Piano

Sehubungan dengan perkongsian yang dibuat oleh Aleeya, kebanyakkan netizen lelaki telah berseloroh dengan mencuba nasib menjadi ‘calon menantu’ kepada rocker tersebut.

Ada juga yang sempat bergurau mengatakan mahu mengurat gadis cantik itu namun membatalkan hasratnya kerana ‘gerun’ selepas mengetahui bapanya adalah Awie Wings.

Sumber: TikTok @.aleeyantasha

Scroll to Top