Pagar rumah masuk tanah jiran, lelaki tak kisah runtuhkan takut dihisab di akhirat


Hidup berjiran sememangnya perlu bertolak ansur bagi menjalinkan hubungan yang lebih harmoni.

Jadi, jika ada sebarang rasa tidak puas hati ataupun perkara kurang menyenangkan berlaku, lebih elok rasanya permasalahan tersebut dibincangkan dengan sebaiknya.

Menerusi perkongsian daripada seorang pengguna TikTok menggunakan nama hayatmuhammad83, dia telah berkongsi video memecahkan tembok rumah kerana sudah termasuk kawasan jirannya.

Hal ini bermula apabila jiran disebelah rumahnya mengukur tanah dan dia turut bersama-sama mengikuti tindakan tersebut. Tanpa disangka, binaan rumahnya telah termasuk ke tanah jiran.

 

@hayatmuhamad83

♬ original sound – Queeń Fíza Bah Nie 🌹 – 𝐅𝐈𝐙𝐀 🌹

Enggan memanjangkan cerita, dia terus mengambil keputusan meruntuhkan tembok tersebut walaupun mengakui rugi dengan tindakan itu.

Namun, dia lebih memikirkan tentang hukum masuk ke kawasan orang lain yang telah dijelaskan dalam Islam.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian warganet yang rata-rata meninggalkan komen yang pelbagai diruagan TikTok tersebut.

Ramai yang berkongsi cerita perihal tanah dan mengakui bahawa perkara tersebut sangat penting terutamanya apabila dihisab di akhirat kelak.

Sumber: hayatmuhammad83





Source link

Scroll to Top