Sejak menyertai Gegar Vaganza 9, penyanyi Shila Amzah kerap kali menjadi sorotan media lebih-lebih lagi di awal penyertaannya dilihat agak tidak sesuai.
Walau bagaimanapun, perkara tersebut bukan menjadi masalah dan dia sendiri telah menjelaskan mengapa menerima tawaran menyertai GV tersebut.
Dalam konsert minggu lalu, dia sekali lagi ‘diusik’ apabila kehadiran Sharnaaz Ahmad di konsert tersebut menjadi ‘bahan’ pengacara untuk menyakat mereka berdua.
Disebabkan itu, Shila telah menjelaskan keadaan sebenar dan tidak kisah dengan usikan-usikan nakal daripada peminat dan juga pengacara.
@buzzingmalaysia
Namun begitu, video ketika ditemubual wartawan telah mendapat komen daripada netizen di media sosial apabila @buzzingmalaysia memuat naik potongan video tersebut.
Ada di antara mereka perasan bahawa Shila telah menindik hidungnya dan ia sangat ketara jika kamera berada di hadapan muka.


Walau bagaimanapun, para peminatnya telah mempertahankan penyanyi tersebut kerana merasakan tidak ada yang salah jika dia berbuat demikian.
Dalam pada itu, ada netizen mengatakan mungkin Shila hanya menggunakan tindik hidung jenis pelekat dan digayakan ketika persembahan sahaja.


Namun begitu, komen tersebut telah dipadam di aplikasi TikTok.
Sumber: TikTok buzzingmalaysia, HotFM





