Georgetown: Pengedar kasut jenama Pallas, International Foot Wear (Penang) Sdn Bhd mengumumkan tiga pemenang bagi hadiah utama Peraduan Kembali Ke Sekolah: Jom Beli dan Menang.
Eksekutif Pembangunan Produk dan Jenamanya, Lai Yee Min berkata, peraduan berlangsung dari November 2021 hingga 31 Januari lalu itu berjaya menarik hampir 5,000 penyertaan.
“Tiga pemenang utama yang dipilih ialah Nur Farah Hani Ng Abdullah dari Ipoh, Perak; Sahjehan Abd Kahar dari Semenyih, Selangor dan Foong Mei Leng dari Puchong.
“Kesemua mereka menerima hadiah wang sebanyak RM3,000 dan e-baucer bernilai RM100 setiap seorang,” katanya dalam sidang media pemilihan pemenang di sini, hari ini.
Turut hadir Eksekutif Bahagian Pengiklanan Media Prima Omnia Sdn Bhd, Diyana Germani.
Turut dipilih ialah lima pemenang hadiah tempat kedua yang menerima wang tunai sebanyak RM500 dan e-baucer sebanyak RM100.
Bagi 20 pemenang tempat ketiga pula menerima wang sebanyak RM100 dan e-baucer bernilai RM100.
Lai berkata, Pallas juga turut memilih 200 pemenang bagi hadiah sagu hati dan 100 peserta terawal yang masing-masing menerima e-baucer bernilai RM50 dan RM30 setiap seorang.
“Semua maklumat lengkap mengenai pemenang disiarkan di Harian Metro dan laman sosial Facebook (FB) serta laman web rasmi Pallas.
“Kami berterima kasih atas sambutan memberangsangkan daripada pelanggan dan pengguna setia Pallas kerana keselesaan pelanggan adalah keutamaan syarikat ini,” katanya.
Jenama kasut sekolah Pallas menjadi pilihan berikutan kualitinya amat mementingkan keselesaan dengan mempertimbangkan faktor Keselesaan, Kesihatan dan Keselamatan (3S) bagi setiap rekaan menerusi kempen ‘Love Our Feet’.




