Perkahwinan pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rasid dan influencer, Syifa Melvin pada 28 November 2022 tempoh hari sememangnya menjadi bualan warganet di media sosial.
Selepas sah sebagai suami isteri, barulah pasangan ini berkongsi gambar bersama selepas beberapa waktu mengambil pendekatan merahsiakan hubungan percintaan walaupun ramai yang sudah menghidunya.
Dalam perkongsian terbaru Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirul Melvin, 28, memuat naik gambar pernikahan sambil meninggalkan kapsyen lucu mengingatkan kembali momen sewaktu menunggu Safawi selesai solat sunat setelah bernikah.
Menurut Syifa, ayat pertama ditanyakan kepada Safawi selepas bergelar suami isteri adalah mengapa jejaka tersebut begitu lama mendirikan solat sunat.
Sambil berseloroh, adik kepada pelakon, Syatilla Melvin itu bertanyakan sama ada suaminya itu melakukan solat tarawih ke sehingga membiarkan dia menunggu lama di atas pelamin.
“Korang tanya Syifa, Apa ayat pertama kami selepas Halal .. ayat dia datang dari Syifa ke Pawi.. “you pergi Traweh ke” HAHAHAHAHA sbb dia tinggal Syifa sorang2 punya lama ek atas pelamin masa solat sunat. Siapa perasan?” tulisnya.

Perkongsian yang dibuat oleh Syifa Melvin itu telah mendapat pelbagai maklum balas daripada peminat mereka. Rata-rata terhibur dengan gurauan influencer itu lebih-lebih lagi apabila ada yang perasan sewaktu momen tersebut terjadi.
Walaupun terhibur dengan gelagat mereka, namun kebayakan warganet yang juga peminat pasangan tersebut tidak putus mendoakan agar mereka berdua bahagia hingga ke akhir hayat dan tidak ketinggalan mengucapkan tahniah diatas pernikahan tersebut.




Sumber: Instagram Syifa Melvin




