Ruhainies nafi bercinta dengan anak ahli politik – “Saya tak terbuka hati”

Ruhainies nafi bercinta dengan anak ahli politik – “Saya tak terbuka hati”

Pelakon Ruhainies menafikan khabar angin kononnya dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang anak ahli politik.

Memetik laporan BOOM!, pemilik nama Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas itu berkata, dia belum terbuka hati bagi menerima kehadiran orang baharu selain memberi fokus kepada keluarga dan kerjaya.

“Tidak betul dan saya tak terbuka hati untuk orang baharu setakat ini. Fokus saya masih sama iaitu kerja dan keluarga,” kata pelakon berusia 30 tahun itu.

Difahamkan, spekulasi timbul selepas pelakon drama Wifi Sebelah Rumah itu dilihat muncul terbabit dengan proses kempen ahli politik berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bulan lalu.

“Saya turun berkempen atas jemputan dan dibayar bukan kerana terikat dengan sesiapa. Lagipun, bukan saya seorang artis yang terlibat, ramai juga yang lain (artis) turun,” ujarnya.

Bagaimanapun, adik kepada pelakon Risteena Munim itu berjanji akan berkongsi kepada orang ramai sekiranya bertemu jodoh satu hari nanti.

Sumber: BOOM! (Scha One) , Instagram Ruhainies

Scroll to Top