Dalam diam hidap barah, mak lucu viral disakat anak meninggal dunia

Dalam diam hidap barah, mak lucu viral disakat anak meninggal dunia

Kasih sayang seorang ibu itu kepada anaknya tentu sudah tidak boleh diragukan lagi. Pelbagai kaedah yang akan dilakukan oleh insan tersebut bagi memastikan anak-anaknya dapat membesar menjadi seorang insan yang berguna dan sentiasa bahagia di sisi keluarga tercinta.

Malah, tidak dapat dinafikan juga, anak-anak pasti tidak akan pernah bersedia untuk kehilangan insan yang bergelar ibu meskipun sudah meningkat dewasa.

Namun begitu, kita harus percaya bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. Begitulah yang dialami oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Ain, ibu kesayangan, Siti Hawa yang dikenali ramai kerana kerap membuat konten bersama menghiburkan netizen telah disahkan meninggal dunia.

Sudah lama tidak muncul di laman sosial, rakan baiknya sejak bangku sekolah turut memaklumkan khabar sedih tersebut rupa-rupanya Allahyarham Siti Hawa menyembunyikan rahsia dimana arwah hidap penyakit barah.

Difahamkan, arwah telah menghembuskan nafas terakhirnya semalam dan  selamat disemadikan di tanah perkuburan. Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan takziah dan mendoakan agar arwah ditempat dikalangan orang beriman.

Sumber: Instagram @ainn.ros, TikTok @niayien, Facebook @Ferdy Cikgu Celebriti