Cari penyelesaian masalah kesesakan lalu lintas di sekolah

Kota Kinabalu: Polis akan berbincang dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) bagi mencari jalan penyelesaian berhubung masalah trafik sekolah di seluruh negeri.

Ini berikutan amalan prosedur operasi standard (SOP) mengatasi penularan Covid-19 yang dikenal pasti menyumbang kepada masalah kesesakan lalu lintas di sekolah.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, tindakan itu perlu diambil bagi memastikan masalah kesesakan di sekolah terbabit dapat diselesaikan.

Katanya, perbincangan akan membabitkan Jabatan Pendidikan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam serta Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Diraja Malaysia.

“Kita akan berbincang dengan JPNS untuk mencari jalan penyelesaian bagi memastikan kelancaran trafik tidak terganggu,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri program ‘1st Day At School’ di Sekolah Kebangsaan Darau, Manggatal, di sini, hari ini.

Hazani berkata, ia juga bagi memastikan semua SOP dipatuhi selain memberi ruang kepada ibu bapa menghantar anak ke sekolah.

Scroll to Top