Pelakon terkenal, Zara Zya mengaku kini sedang berada dalam fasa bahagia bersama seseorang yang juga berstatus bujang sepertinya. Bagaimanapun, aktres berusia enggan berkongsi lebih lanjut sebelum tiba masanya yang sesuai.
“Adalah, InsyaAllah, tapi kalau ada tarikhnya, kita akan beritahu. InsyaAllah.
“Orang dalam industri atau bukan? Tiada komen. Ini bahaya dan pastinya dia bukan milik orang,”ujar Zara Zya.
Memetik Astro Gempak, pemilik nama Zainurul Razia Mohd Zainuddin tidak menafikan dirinya bakal menamatkan zaman bujang pada tahun ini berikutan usia kini sudah menginjak 40 tahun.
“Saya sekarang dah nak menginjak usia 40 tahun dan perkahwinan ini kita sendiri perlu tanya diri sama ada sudah bersedia atau tidak?
“InsyaAllah, saya sudah bersedia untuk bergelar isteri tahun ini. Doak-doakanlah,”katanya.
Dalam pada itu, Zara menjelaskan hubungannya dengan Shuib adalah berdasarkan ‘marketing’ untuk perniagaan mereka sahaja, selain mendoakan yang terbaik pelawak tersebut bersama pilihan hatinya, Watie Hanifiah.
“Saya rasa semua tahu hubungan saya dengan Shuib cuma ‘marketing’ produk minuman pada waktu itu. Tapi, masih ada juga yang mendoakan kami bersama.
“Apa-apa pun, saya tetap mendoakan Shuib. Sudah tentu, saya sebagai kawan mendoakan yang terbaik buat dia,”ujar Zara.
Disoal mengenai hubungan cinta dengan usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa, Zara turut menafikan kisah percintaan mereka seperti diperkatakan ramai sejak foto ‘pertunangan’ tersebar di media sosial.
“Kami memang BFF (Best Friend Forever). Memang tiada apa-apa ikatan istimewa.
“Tetaplah berteka-teki. Tetaplah bersabar. Insya-Allah. Pasti ada (jodoh). Ada masa nanti, saya akan kongsikan,”katanya lagi.

Sumber: Astro Gempak (Syafiqah Jalal), Kosmo! Online (Mohd. Haikal Isa)





