New Delhi: Mengerikan apabila tukang cuci kereta berusia 19 tahun dimasukkan ke hospital selepas seorang lelaki memasukkan muncung paip udara bertekanan tinggi di bahagian alat sulitnya.
Suspek dikenali sebagai Mohit kemudian melarikan diri.
Menurut laporan media tempatan di India, mangsa dikenali Vijay bekerja sebagai pencuci kereta di sebuah pam petrol di Rakesh Marg, kawasan di bawah Balai Polis Sihani Gate di Uttar Pradesh.
Kejadian berlaku pada Sabtu dan puncanya adalah selepas Vijay bertengkar dengan Mohit.
Timbalan Pesuruhjaya Polis, Alok Dubey berkata, Mohit menyerang Vijay kemudian memasukkan muncung paip udara bertekanan tinggi di bahagian sulitnya dan membuka injap.
Mangsa dibawa ke hospital dan keadaannya dikatakan kritikal.
“Suspek melarikan diri sejak kejadian dan usaha sedang dilakukan untuk menangkapnya,” kata pegawai itu.
© New Straits Times Press (M) Bhd

