Pernah diisytihar sebagai aset, kucing peliharaan Syed Saddiq sudah tiada

Pernah diisytihar sebagai aset, kucing peliharaan Syed Saddiq sudah tiada

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sememangnya antara ahli politik muda yang popular terutamanya di media sosial.

Dikenali sebagai seorang yang sukakan kucing, Syed Saddiq kerap berkongsi gambar kucing-kucing peliharaannya di akaun Instagram Yang Berbulu.

Namun, menerusi perkongsian terbaru pengasas Parti Muda itu, beliau memaklumkan seekor kucing yang diberi nama Toby telah meninggalkannya sekeluarga secara mengejut.

Menurutnya, Toby ‘pergi’ secara tiba-tiba dan membuatkannya begitu sedih ketika ini. Beliau juga mengatakan yang dirinya sangat merindui Toby dan berterima kasih kerana sentiasa ada pada waktu-waktu sukar sebelum ini.

Syed Saddiq juga berharap agar Toby dapat berehat di ‘syurga kucing’.

Untuk rekod, Syed Saddiq pernah mengisytiharkan Toby sebagai salah satu asetnya sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tempoh hari.

Ujarnya, kucing berkenaan adalah hadiah daripada abang dan rakannya pada tahun 2018. Disebabkan setiap hadiah bernilai diatas RM500 perlu diisytiharkan, jadi beliau meletakkan kucing berkenaan sebagai salah satu aset yang dimiliki.

Susulan daripada itu, menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut berduka mengdengar khabar kehilangan Toby.

Rata-rata mereka mengakui bahawa kehilangan kucing kesayangan sememangnya cukup melukakan dan berharap keluarga Syed Saddiq bersabar dengan pemergian kucing tersebu.

 

Sumber: Instagram Syed Saddiq

 

 

Scroll to Top