Baru-baru ini, usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli berkongsi pengalamannya sewaktu bercuti di Bangkok, Thailand apabila berjumpa pelbagai jenis ragam manusia sewaktu berada di sana.
Pemilik nama Ahmad Iqbal Zulkefli berkata, sewaktu berada di pasar malam negara berkenaan, kawasan tersebut dipenuhi dengan pelacur dan orang ramai yang menari dalam keadaan bogel selain sedang minum minuman keras.
“Saya berada di Bangkok sekarang ini dan singgah di satu pasar malam. Malam ini malam minggu, jadi orang ramai buat tarian bogel, banyak pelacur di tepi jalan dan orang minum arak.
“Ada juga saya lihat lelaki dengan lelaki, yang perempuan dengan perempuan, perkara itu normal untuk keadaan di sini sebenarnya,”ujarnya.

Pun begitu, Iqbal yang juga selebriti media sosial menyatakan dia tidak terpengaruh dengan sisi negatif dengan menyertai kumpulan berkenaan.
“Saya macam terkejut juga. Betul ke tempat saya datang ini. Tetapi, walaupun saya datang tempat ini, saya langsung tak pernah buat perkara yang tidak elok seperti hisap rokok, minum arak dan sebagainya,”ujarnya lagi.

Iqbal akui bahawa wanita di Thailand sebenarnya sangat cantik meskipun kebanyakan warganya menjadikan pelacuran sebagai kerjaya.
Sementara itu, usahawan berdarah campuran Thailand mengatakan dia sudah diasuh dan diajar mempelajari budaya luar namun tidaklah sehingga terpengaruh.
“Dan kalau yang tak tahu, saya ada darah campuran Thailand, saudara mara saya ramai di Thailand. Tetapi bersyukur dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia.
“Saya juga diajar untuk sentiasa mengenali budaya negara orang luar. Tetapi hanya belajar, tidak sampai terpengaruh,”jelasnya.

Sumber: Astro Gempak (Shahrin Zulkifle)

