Honor Magic5 Pro dan Magic Vs akan dilancarkan untuk pasaran tempatan

Honor Magic5 Pro dan Magic Vs akan dilancarkan untuk pasaran tempatan

saufi@mediaprima.com.my

 

 

Pengeluar perkakas pintar terkemuka, Honor komited untuk memperkukuhkan perkembangan jenama serta penawaran produknya untuk pasaran tempatan.

  Ketua Pegawai Eksekutifnya, George Zhao berkata, Malaysia menjadi salah satu pasaran penting untuk Honor hasil daripada sokongan berterusan pengguna di negara berkenaan.

  Pada masa sama, beliau mengesahkan bahawa dua peranti kelas perdana yang baharu iaitu Honor Magic5 Pro dan Magic Vs akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia namun tidak mendedahkan garis waktu khusus. 

  “Perkembangan jenama Honor di Malaysia adalah sangat bagus dan positif sekali gus menjadi pasaran penting untuk jenama ini.

  “Pastinya, selepas pelancaran secara global dua peranti kelas perdana Honor iaitu Honor Magic5 Pro dan Honor Magic Vs akan terus memperkukuhkan perkembangan Honor untuk Malaysia,” katanya.

  Zhao turut berterima kasih kepada sokongan pengguna di Malaysia yang sentiasa menantikan peranti baharu daripada Honor khususnya untuk kelas perdana.

  “Selepas pelancaran global di Persidangan Mudahalih Sedunia (MWC) 2023, saya menerima banyak panggilan telefon dan permintaan supaya kedua-dua peranti itu memasuki pasaran secepat mungkin.

  “Kami di Honor sedang berusaha sebaik mungkin dan untuk pasaran Malaysia, kita sedang memenuhi prosedur yang diperlukan dan selepas itu, kita akan lancarkan untuk pasaran di negara berkenaan,” katanya.

  

 

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top