saufi@mediaprima.com.my
Interaktif dan sesuai untuk semua segmen sama ada perniagaan mahupun pendidikan. Itu adalah gambaran untuk produk baharu keluaran Samsung iaitu skrin paparan Flip Pro yang turut didatangkan dengan pilihan empat saiz skrin.
Samsung Flip Pro berkenaan ditawarkan untuk empat saiz skrin iaitu 55 inci, 65 inci, 75 inci dan 85 inci mengikut kesesuaian pengguna.
Flip Pro berkenaan memberikan lebih 2,000 titik tekanan (point pressure) dengan kadar kecekapan industri pada 26ms tanpa sebarang masalah.
Ia juga dilengkapi dengan pen, mod berus, beberapa pilihan perkakas dan palet serta menyokong sambungan USB, HDMI, DisplayPort dan OPS untuk perkongsian skrin secara tanpa wayar.
Perkakas ini adalah dimensi baharu kepada ‘papan putih’ kerana ia adalah bersifat interaktif, iaitu pengguna boleh menulis, melukis, membuat penerangan di atas skrin kerana ia disertakan lebih 2,000 ‘point of pressure’ sekali gus menjadikan paparan lebih sensitif.
Untuk segmen pembelajaran, Flip Pro ini akan memberikan dimensi baharu sekali gus sejajar dengan ‘Bilik Kuliah Abad Ke-21’ sesuai untuk kemajuan teknologi pada hari ini.
Pengguna boleh memilih beberapa mod dan perkakas untuk disesuaian dengan pembelajaran atau pembentangan termasuk kaedah pemadaman (erasing) yang mudah.
Pada masa sama, Flip Pro ini juga integrasi AirPlay 2 iaitu membolehkan pelajar atau pendidik untuk melakukan pembentangan menggunakan ruang yang lebih besar dengan hanya mewujudkan sambungan tanpa wayar daripada peranti pintar.
Samsung Flip Pro ini juga dilengkapi dengan teknologi pelindungan skrin hasil binaan ‘anti mikrob’ bersama filem ‘shatterproof’.
Panel Samsung Flip Pro ini didatangkan dengan resolusi 4K bersama kadar kecerahan 350 nits dengan nisbah kontrast 4000:1.
© New Straits Times Press (M) Bhd




