Gagal Tamatkan Pengajian PhD, Perlu Bayar Semula Pinjaman MARA RM857,000

Gagal Tamatkan Pengajian PhD, Perlu Bayar Semula Pinjaman MARA RM857,000

Oh! Negara

Mahkamah Tinggi tolak rayuan wanita dan tiga penjamin selepas gagal bayar semula pinjaman MARA RM857,000.


Memang tak lepas kali ni apabila Mahkamah Tinggi menolak rayuan seorang wanita bersama tiga penjaminnya yang cuba mencabar keputusan membayar semula pinjaman pelajaran MARA bernilai RM857,000.

Kes ni difahamkan berpunca selepas wanita terbabit gagal menamatkan pengajian PhD dalam tempoh ditetapkan, sekali gus dianggap melanggar syarat perjanjian pinjaman yang dibuat dengan MARA.

Mahkamah dapati keputusan sebelum ini sudah tepat

Kredit Foto MARA

Menurut laporan Free Malaysia Today, Pesuruhjaya Kehakiman Darmafikri Abu Adam berkata beliau tidak menemui sebarang merit dalam rayuan yang dibuat.

Dapatan Mahkamah Sesyen adalah munasabah, disokong oleh keterangan, dan tidak menunjukkan sebarang kesilapan yang nyata.- Katanya.

Mahkamah turut memutuskan bahawa tindakan undang-undang yang dibuat MARA masih sah dan tidak terhalang di bawah Akta Had Masa 1953 kerana saman difailkan dalam tempoh dibenarkan.

Bukan satu, tapi dua pinjaman pengajian MARA

Kredit Foto Janaan AI

Untuk rekod, Siti Norbaya Ahmad Nor menerima pinjaman pertama daripada MARA pada tahun 2011 bagi menyambung pengajian Sarjana di University of Manchester.

Selepas itu, dia menerima pinjaman kedua pada tahun 2013 untuk menyambung pengajian PhD di University of Cambridge. Tiga ahli keluarganya pula bertindak sebagai penjamin bagi kedua-dua pinjaman tersebut.

Bagaimanapun, mahkamah mendapati wanita berusia 45 tahun itu gagal menamatkan pengajian PhD dalam tempoh empat tahun seperti ditetapkan dalam perjanjian.

Sudah diberi lanjutan masa tapi masih gagal tamat PhD

Kredit Foto Janaan AI

Lebih menarik perhatian, wanita itu sebenarnya sudah diberikan lanjutan masa sehingga Ogos 2017 selepas mengaku tidak dapat menamatkan pengajian dalam tempoh asal.

Namun, dia masih gagal menamatkan pengajian tersebut dan mahkamah menganggap perkara itu sebagai pelanggaran kontrak.

Disebabkan itu, MARA berhak menuntut semula keseluruhan jumlah pinjaman berdasarkan syarat yang sudah dipersetujui sejak awal.

Mahkamah juga menolak alasan berkaitan status “kemasukan semula” daripada pihak universiti kerana ia tidak melibatkan atau mengikat MARA.

Pssttt! Ohmedia nasihatkan korang supaya jangan ambil mudah perjanjian pinjaman pendidikan walaupun niat asal untuk sambung belajar. Bila dah sign dan ada penjamin sekali, tanggungjawab tu memang besar dan boleh beri kesan dekat ramai pihak kalau gagal diselesaikan.

Kredit: Free Malaysia Today
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top