Imam cedera dilanggar selepas solat raya

Imam cedera dilanggar selepas solat raya

am@hmetro.com.my

Pontian: Imam cedera selepas dilanggar kenderaan pacuan empat roda ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menunaikan solat Aidilfitri di Surau Kampung Parit Hj Yusof, Benut di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, difahamkan, dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, imam berusia 39 tahun dalam perjalanan pulang dengan berjalan ke rumah.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan terbabit melanggar mangsa dari arah belakang.

“Difahamkan pemandu tidak perasan ada pejalan kaki di lokasi kejadian, iaitu persimpangan jalan, “katanya.

Katanya, akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan di mulut dan dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat untuk membuat rawatan.

Mohammad Shofee berkata, saringan air kencing terhadap pemandu terbabit mendapati negatif pengaruh dadah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, ” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top