Trafik sesak di Lebuhraya Duke

Trafik sesak di Lebuhraya Duke

harisfadli@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Trafik sesak di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke) dari Kampung Bandar Dalam ke Greenwood sehingga Plaza Tol Gombak, di sini setakat 1.30 tengah hari tadi.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi Facebook rasminya memaklumkan, trafik turut sesak dari Greenwood menuju ke Sri Gombak, di sini.

Sementara itu, trafik perlahan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dari Telemung ke Plaza Tol Kuala Terengganu.

Trafik turut perlahan di Lebuhraya Senai-Desaru dari Jambatan Sungai Johor ke Plaza Tol Penawar.

Sementara itu, ‘Smartlane’ masih aktif di KM 18.4 hingga 27 arah utara dari Senai Utara ke Kulai, Johor.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top