Seorang pempengaruh media sosial atau influencer menjadi bualan ramai di laman Twitter apabila dikatakan sudah bercerai dengan suami selepas seminggu mendirikan rumah tangga.
Ya Allah. Elcah ni bukan baru cerai and nikah baru ke? 😭 https://t.co/lXeaha5Q3D
— Olen (@gulaaaaaaa) April 23, 2023
ex elcah tu allahu 😭 azlee senario elok lagi
— Hanna (@hannabunnyb) April 23, 2023
Menerusi pendedahan di aplikasi TikTok, influencer dikenali sebagai Elcah Hasha itu mengakui rumah tangganya hanya bertahan selama lapan hari sekali gus kembali bergelar ibu tunggal.
@elcah.hasha Bagi menjawap pertanyaan yang terbuku dihati semua, ini adalah jawapan…
Menerusi satu hantaran, usahawan berusia 27 tahun itu menyatakan dia sudah tidak mampu lagi untuk bertahan selain berharap bekas suaminya gembira dalam menjalani kehidupan baharu.
“Hadiah buat saya selepas lapan hari pernikahan. I can’t hold this anymore. Thank you so much and I hope you’re happy with your new life,” tulisnya.
Difahamkan, kedua-duanya melangsungkan pernikahan pada 3 Mac lalu dan Elcah juga mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Basheera yang berusia tiga tahun hasil perkahwinan terdahulu.
Dalam hantaran sama, turut kedengaran bekas suaminya melafazkan cerai dengan talak satu melalui nota suara atau voice note di aplikasi WhatsApp.
Sementara itu, wanita tersebut ada berkongsi mengenai konflik dilalui membabitkan ‘wanita lain’ yang didakwa menjadi punca rumah tangganya retak dalam tempoh singkat.





