Ingat tak kahwin sebab kita tak sempurna

Ingat tak kahwin sebab kita tak sempurna

KUALA LUMPUR – Pemilik akaun Twitter yang dikenali sebagai Hikmah Razlan meluahkan rasa syukur apabila bertemu jodoh dan mendirikan rumah tangga dengan kekasih hati walaupun merasakan dirinya tidak sempurna seperti wanita lain.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri olehnya menerusi laman Twitter apabila berasa rendah diri dengan kekurangan yang dimiliki dan kini tular di media sosial.

“Kecik kecik dulu ingat tak kawin sebab kita tak sempurna selalu cakap mana ada orang nak, Alhamdulillah semoga syurga buat suami saya In Sha Allah,” tulisnya.

Dia yang telah selamat bergelar isteri pada 28 April tempoh hari turut memberitahu dia dan suami yelah bertunang sejak beberapa bulan lalu.

Hikmah Roslan bergelar isteri baru-bari ini. Foto Twitter Hikmah Roslan.

Sebelum ini, Hikmah pernah viral di media sosial  apabila mengucapkan tahniah kepada diri sendiri kerana berjaya melalui tahun berkenaan dengan kuat walaupun menerima pelbagai dugaan termasuklah persepsi orang sekeliling.

Dia juga pernah viral dengan kisah inspirasi ‘gadis lahir tanpa mata sebelah’.

Sementara itu, perkongsian tentang pernikahannya telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata pengguna Twitter mengucapkan tahniah.

Mereka juga memuji penampilan Hikmah yang sangat cantik dan mendoakan agar rumah tangga yang dibina bersama suami terus berkekalan serta bahagia hingga ke akhir hayat. – MalaysiaGazette

Scroll to Top