Peminat syukur Naufal Azrin dah tersingkir, harap kembali ke genre nasyid

Peminat syukur Naufal Azrin dah tersingkir, harap kembali ke genre nasyid

Penyanyi, Naufal Azrin telah menjadi peserta kedua yang tersingkir di konsert ketiga Big Stage 5 pada malam semalam.

Menurut laporan Astro Gempak, penyanyi yang berusia 24 tahun itu pernah tersingkir pada konsert kedua namun, telah diselamatkan oleh juri dengan menggunakan imuniti X.

Susulan itu, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Astro Awani di laman TikToknya, ramai peminat yang meluahkan rasa syukur dengan berita penyingkiran tersebut selepas membuat persembahan lagu berjudul ‘only’.

@501awani

Kali kedua berada di tangga tiga terbawah, Naufal Azrin disingkirkan di Minggu-3 Big Stage 2023. #BigStage2023 #DominasiBBNU #sembangentertainment

♬ original sound – 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 – 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾

Dalam video itu, kelihatan tiga peserta berada di tiga kedudukan tercorot iaitu Naufal Azrin, Coex dan Meer Nash.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menyangkakan Naufal bakal disingkirkan pada minggu ketiga dan berharap agar dia kembali semula ke genre nasyid seperti sebelum ini.

Terdahulu, pelantun lagu Casablanca itu didakwa telah melampaui batas selepas tampil dengan penampilan serba merah berserta aksesori rantai leher dan gelang tangan selain menampakkan bahagian dada ‘berbulu’ yang tidak sesuai dengan imejnya pada minggu pertama.

Bukan itu sahaja, dia kemudiannya sekali lagi menjadi bualan ramai selepas menayangkan bahagian ketiaknya yang dianggap sebagai metafora dalam persembahannya pada minggu kedua.

Sumber: TikTok @Astro Awani

Scroll to Top