Pasangan selebriti, Shila Amzah dan Ubai sememangnya menjadi perhatian ramai sejak mengumumkan percintaan mereka dan berkongsi momen-momen kebahagiaan kepada umum.
Namun begitu, menerusi Instagram penyanyi lagu Memori Tercipta itu, dia seperti meluahkan perasaan berkenaan lima bulan hubungan mereka sehingga mencetuskan tanda tanya ramai.
“Terima kasih untuk 5 bulan yang indah,
“Awak merupakan pasangan yang begitu baik untuk saya dan terima kasih kerana menunjukkan kasih sayang kepada Seth”
“Saya berharap yang terbaik untuk awak, saya doakan awak dimurahkan rezeki, Dan semoga awak dapat segala apa yang awak hajati,”
“Terima kasih untuk segalanya. Saya akan ingat memori ni sampai bila-bila.” tulis Shila.
Dalam pada itu, melihat Insta Story Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, dia sepertinya menyatakan masih lagi menyayangi seseorang dan tidak ada sesiapa yang mampu membuatnya bahagia seperti pasangannya sekarang.

Menjengah ke ruangan komen posting yang dibuat Shila, ramai yang bertanyakan sama ada pasangan ini bermasalah atau pun tidak kerana dilihat seakan sudah mengakhiri hubungan.
Walau bagaimanapun masih ada yang berharap agar mereka masih berada dalam keadaan baik-baik sahaja kerana ramai peminat yang mendoakan kebahagian mereka.




Terdahulu, Shila Amzah dan Ubai yang merupakan influencer mengakui sedang bercinta sekitar awal tahun ini dan kerap berkongsi aktiviti bersama-sama.
Mereka juga dilihat menyambut hari raya bersama dan Ubai juga dikatakan telah membeli cincin untuk menyatakan kesungguhannya dalam menjalinkan hubungan dengan selebriti terbabit.
Sumber: Instagram Shila Amzah, Ubaimz




