Cinta Shakira milik siapa Hamilton, Cruise?

Cinta Shakira milik siapa Hamilton, Cruise?

London: Lewis Hamilton dilaporkan dalam “cinta segi tiga” dengan Shakira dan bintang Hollywood, Tom Cruise.

Penyanyi pop, Shakira, 46, berpisah dengan bekas pemain pertahanan Barcelona, Gerard Pique tahun lalu dengan dia dilihat bersama juara dunia F1 tujuh kali, Hamilton, 38, lebih daripada sekali.

Pasangan itu dilihat bersama-sama menaiki bot selepas Grand Prix Miami, sebelum makan malam bersama selepas Hamilton menamatkan saingan di tempat kedua di Barcelona hujung minggu lalu.

Bagaimanapun menurut laporan The Mirror bahawa bintang Mission Impossible Tom Cruise turut berminat menjalinkan hubungan romantik dengan Shakira.

Pelakon berusia 60 tahun itu dikatakan “bercium” dengan penyanyi kelahiran Colombia itu sebelum dia bersama dengan Hamilton.

Dan dia percaya dia mempunyai “tarikan luar biasa” dengan Shakira, tetapi kini egonya semakin goyah akibat selepas Hamilton mendekati Shakira.

Wakil Shakira, Hamilton dan Cruise semuanya tidak mengulas mengenai laporan tersebut.

Hamilton dan Cruise perlu dilihat bersama pada perlumbaan F1 sebelum ini dengan pelakon Hollywood itu menyifatkan pelumba Britain itu sebagai “kawan yang baik”.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top