Majlis perkahwinan pelakon terkenal Janna Nick baru-baru ini sememangnya mendapat perhatian ramai, apatah lagi apabila pelakon itu telah mengupah jurusolek terkenal dari negara Thailand Barbara Beer sebagai MUA majlis.
Rata-ratanya ramai yang terpesona dengan solekan nikah aktres popular, Janna Nick yang mendapat sentuhan istimewa jurusolek tersebut.
@babarabeer Replying to @Belazz BRIDAL MAKEUP TUTORIAL with JANNA NICK 👰🏻✨🇲🇾 #solemnisation #wedding #tiktokmalaysia #tiktokwedding #bride
Tidak dinafikan, ramai yang cuba membuat dan meniru semula hasil solekan tersebut termasuk MUA Bella.
Namun, hasil solekan cantik MUA tempatan itu mendapat respon negatif dari segelintir netizen yang mengatakan hasil solekannya itu tidak sama dengan yang asal.



Di kepsyen yang dimuat naik MUA Bella itu sudahpun ditulis awal-awal hasil solekannya itu sememangnya tidak akan sama dengan hasil tangan Babara Beer.
‘Tak sama tau sebab acuan lain-lain hahaha maaf mana terkurang.’
Walaupun begitu, jurusolek tempatan itu tidak makan hati dengan komen negatif yanag dilontarkan netizen dan tenang memberikan komen balas.

Dia hanya memenuhi permintaan peminat yang mahu dia cuba membuat semula solekan tersebut.
Sumber: Facebook Make up by Mua Bellaz




