Tanggal tudung & hilangkan diri, Mila Jirin bersyukur jumpa Nonny Nadira lepas 3 tahun

Tanggal tudung & hilangkan diri, Mila Jirin bersyukur jumpa Nonny Nadira lepas 3 tahun

Pelakon, Nonny Nadira pernah mengemparkan industri beberapa tahun lalu selepas tiba-tiba sahaja mengambil keputusan menanggalkan tudung.

Tindakannya itu membuatkan sahabat baik, Mila Jirin dan Datin Seri Heliza Helmi terkejut memandangkan Nonny dilihat semakin istiqamah dalam berpenampilan ketika itu.

Namun, selepas tiga tahun ‘menghilangkan diri’ dan tidak aktif di media sosial, Nonny akhirnya kembali bersua sahabat-sahabat baiknya dan kembali berhijab.

Perkara tersebut dikongsikan Mila di Instagram dengan meluahkan rasa syukur diatas pertemuan mereka semula setelah sekian lama.

Menerusi kapsyen yang disertakan, Mila atau nama sebenarnya, Norsyarmilla binti Jirin berharap agar Nonny tidak lagi hilang dari radar persahabatan mereka.

Dia juga mengatakan yang perjalanan kehidupan kita semua berbeza namun  misi paling utama adalah untuk sama-sama mencari keredaan Allah S.W.T.

Menjengah ke ruangan komen, ramai merasakan yang Nonny bertuah kerana mempunyai sahabat-sahabat begitu dekat dengannya.

Mereka juga berharap supaya Mila dan Heliza dapat sama-sama memegang tangan pelakon itu untuk terus bersama-sama menuju ke Jannah.

Sumber: Instagram Mila_Jirin

Scroll to Top