hidayah.tanzizi@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Seorang lelaki yang juga bekas pekerja sebuah gudang pembekal elektrik, di sini, ditahan kurang 12 jam selepas dipercayai memecah masuk gudang berkenaan pada 24 Ogos lalu.
Difahamkan, suspek adalah bekas pekerja di premis berkenaan dan sudah berhenti kerja sejak Jun lalu.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 11.58 pagi, 25 Ogos lalu.
Menurutnya, suspek dikesan menceroboh masuk ke dalam kawasan gudang melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dengan cara mengumpil pagar tepi bangunan dan masuk melalui jeruji tandas pada 9.48 malam, 24 Ogos lalu.
“Susulan itu, suspek iaitu lelaki tempatan berusia 30-an ditahan dalam serbuan diebuah pangsapuri di Persiaran Prima Utama, Puchong pada 11.24 malam, 25 Ogos.
“Serbuan turut merampas barang kes termasuk sebuah kotak tunai, satu unit telefon bimbit, serta sehelai baju dan topi hitam yang dipercayai digunakan oleh suspek ketika kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Katanya, hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
© New Straits Times Press (M) Bhd


