Gagah perkasa, malim Gunung Kinabalu dipuji dukung pendaki seberat 84kg

Gagah perkasa, malim Gunung Kinabalu dipuji dukung pendaki seberat 84kg

Sebut sahaja mengenai Gunung Kinabalu, Sabah pasti ramai di antara pendaki memasang impian untuk menjejakkan kaki dan melakar sejarah pendakian mereka di sana.

Namun, tidak semua orang berkemampuan untuk menjalani aktiviti lasak di gunung berketinggian 4,095 meter kerana ia memerlukan kekuatan fizikal dan mental dalam menempuhi banyak cabaran sukar sebelum tiba di puncak.

Terbaharu, tular sebuah video memaparkan seorang pendaki wanita menyahut cabaran untuk mendaki Gunung Kinabalu sehingga ke puncak meskipun memiliki berat 84 kilogram.

Malangnya, wanita berkenaan gagal meneruskan misi tersebut sehingga terpaksa didukung oleh malim gunung berkenaan sambil mengikat tali dibelakang dengan lebih kemas bagi mengelakkan individu berkenaan jatuh.

“84 kilogram , taksi (malim) gunung),”tulisnya.
@joetanggaron

84kg.. taksi gunung #gunungkinabalu #malimgunung #fyp

♬ Better Me Remix – EMCEE’R KOEL

Kekuatan yang dimiliki oleh malim gunung tersebut pastinya mencuri perhatian ramai di mana warganet tersentuh dan memuji kudratnya mendukung pendaki wanita seberat demikian untuk turun ke bawah.

Malah, ada yang menyoal mengenai caj dan upah yang dikenakan jika hendak dibandingkan dengan jumlah berat barangan yang ditanggung sebelum ini.

Sumber: TikTok @joetanggaron

Scroll to Top