Masakkan megi berkuah untuk Shuib, netizen tanya resepi dekat Watie Hanifiah

Masakkan megi berkuah untuk Shuib, netizen tanya resepi dekat Watie Hanifiah

Pasangan pengantin baru, Shuib Sepahtu dan Watie Hanifiah, kerap berkongsian aktiviti harian mereka bersama sejak bergelar pasangan suami isteri.

Terbaru, Shuib telah berkongsi posting menunjukkan isteri tersayang memasakkan mi segera kepada suaminya pada waktu malam.

Watie juga sempat berseloroh di ruangan komen mengusik suaminya kerana lebih ‘rela’ memuat naik gambar megi masakannya daripada menu yang lain.

 

Susulan daripada itu, menjengah ke ruangan komen, ada peminat yang bertanyakan resepi megi berkuah masakkan Watie kerana nampak sedap.

Ada juga yang tertarik dengan sayur dan rencah yang dimasukkan ke dalam megi tersebut kerana nampak sedap dan menarik lebih-lebih lagi jika dimakan pada waktu malam.

Untuk rekod, Shuib dan Watie telah mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023 lalu selepas hampir sebulan mengikat tali pertunangan.

Pasangan tersebut kerap menjadi perhatian netizen selepas pelawak itu mengumumkan akan mengakhiri zaman dudanya setelah dua tahun kehilangan isterinya, allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

Sumber: Instagram Shuib Sepahtu

 

Scroll to Top