Baby Shima batal bertanding PRN lepas KJ cadang bertanding di Kelantan

Baby Shima batal bertanding PRN lepas KJ cadang bertanding di Kelantan

Penyanyi kontroversi, Baby Shima yang mengumumkan ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi telah membuat pusingan U apabila menarik balik niatnya selepas mendapat cadangan daripada bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Hal ini susulan pertanyaan Baby Shima yang meminta cadangan lokasi sesuai untuknya bertanding nanti. Menurut KJ, lokasi paling sesuai untuk penyanyi itu mencurahkan khidmat bakti adalah di Kelantan.

Susulan daripada jawapan KJ, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli terus terdiam dan seakan berfikir semula dengan kenyataannya sebelum ini.

Jadi, menerusi kapsyen yang dikongsi di media sosial, Baby Shima meminta maaf dan mengatakan yang dia tidak jadi untuk bertanding dalam PRN kali ini.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mulai mengeluarkan pelbagai pandangan termasuklah berseloroh bahawa baby Shima perlu mengenakan hijab dahulu sebelum bertanding di negeri Kelantan.

Ada juga yang tahu bahawa penyanyi dangdut itu dan juga KJ sekadar bergurau memandangkan musim PRN sudah semakin dekat.

 

 

 

 

Terdahulu, Baby Shima telah membuat pengumuman mahu bertanding untuk PRN kali ini tanpa mewakili mana-mana parti.

Ujarnya, dia mahu berkhidmat untuk negara  termasuklah memohon jasa baik rakyat Malaysia untuk menyokongnya.

Sumber: Instagram Baby Shima

Scroll to Top