PRN Negeri Sembilan: Abdul Hadi, Asyraf Wajdi berjabat tangan, curi tumpuan penyokong

PRN Negeri Sembilan: Abdul Hadi, Asyraf Wajdi berjabat tangan, curi tumpuan penyokong

JEMPOL – Suasana di pekarangan Pusat Penamaan Calon Dewan Besar Pejabat Daerah dan Tanah Jempol pada Sabtu mencuri perhatian apabila Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, dilihat beramah mesra dan bersalaman dengan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Pertemuan ringkas itu berlaku ketika kedua-dua pemimpin hadir mengiringi calon parti masing-masing bagi proses penamaan calon sempena Pilihan Raya Negeri (PRN).

Abdul Hadi dan Asyraf dilihat saling berjabat tangan serta bertukar sapaan dalam suasana mesra di tengah-tengah kehadiran penyokong dan petugas parti yang memenuhi kawasan pusat penamaan calon.

Momen berkenaan turut menjadi perhatian petugas media dan orang ramai yang berada di lokasi apabila kedua-dua pemimpin politik daripada parti yang berbeza itu menunjukkan sikap profesional serta saling menghormati.

Proses penamaan calon di Jempol berlangsung dalam keadaan terkawal dengan kehadiran penyokong daripada pelbagai parti politik yang mematuhi arahan pihak berkuasa sepanjang proses berlangsung.

 

 

Scroll to Top