Bekas penyanyi kumpulan nasyid InTeam, Suhaimi Saad meluah rasa meluat dengan sentimen agama yang dibawa sesetengah parti politik bagi meraih undi rakyat menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung esok.
“Tak payah nak perasan macam pemegang kunci syurga lah!,” katanya.
Termasuk dalam live SS pagi ni. Lama dah tak nampak dia. Terkejut dia tengah marah PAS.😂 pic.twitter.com/JjeGxVbW2b
— SG🇲🇾 (@SheeraGhafar) August 9, 2023
Menurutnya lagi, dia yang tiada kaitan dengan demokrasi juga terasa malu dengan sikap parti tersebut sehingga mahu memakai kopiah di kepala pun segan kerana takut dilabel sebagai ahli parti tersebut.
“Dulu UMNO sampai kiamat, masa hang cium mulut dia? Dia jadi Islam balik?,” ujarnya.
Tambahnya lagi, sejak parti tersebut tidak ‘berkawan’ lagi dengan pihak sana, bermacam fitnah yang dikeluarkan parti berkenaan sehingga melabelkan pihak lawannya itu sebagai kafir.
Perkongsian video tersebut mendapat komen yang pelbagai daripada netizen. Kebanyakannya bersetuju dengan pandangan bekas penyanyi itu.




Malah Suhaimi berkata, Islam tidak mengajar umatnya untuk sesuka hati menghukum dan menfitnah semasa manusia disebabkan berlainan pendapat dan pandangan politik.
“Dulu boleh lah, rakyat bodoh lagi, la ni bukan masa dah. Orang tak mau dah!,” katanya.
Sentimen agama tidak patut dijadikan modal untuk berpolitik kerana Malaysia terdiri dengan rakyat yang berbilang kaum.
Sumber: Twitter SheeraGhafar




