PRN: Kelantan isytihar cuti peristiwa pada Ahad

PRN: Kelantan isytihar cuti peristiwa pada Ahad

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mengisytiharkan Ahad ini sebagai Hari Kelepasan Am atau cuti peristiwa sempena Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata, pengisytiharan itu bertujuan memberi kemudahan kepada rakyat negeri ini serta petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Kerajaan negeri bersetuju untuk mengisytiharkan hari Ahad iaitu 13 Ogos ini sebagai Hari Kelepasan Am (cuti peristiwa) bagi negeri Kelantan,” katanya.-UTUSAN

Scroll to Top