Zainal Abidin mengaku sudah bercerai dengan Fyna

Zainal Abidin mengaku sudah bercerai dengan Fyna

KUALA LUMPUR – Bekas jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin, mengesahkan dia sudah bercerai dengan bekas isteri keduanya iaitu penyanyi, Fyna Jebat, 30, yang juga kakak kepada Aida Jebat.

Namun pemilik nama lengkap, Zainal Abidin Hassan, 61, mengakui ada berjumpa dengan Fyna di sebuah kedai makan baru-baru ini seperti gambar yang tular di media sosial ketika ini.

Bagaimanapun ujarnya, perjumpaan tersebut diadakan untuk menyelesaikan beberapa perkara selepas penceraian.

“Memang itu saya. Saya jumpa bekas isteri. Kami dah berpisah dengan cara damai. Berjumpa dan pergi makan sebab nak selesaikan beberapa masalah,” kata Pengarah Teknikal IFC itu dalam satu wawancara bersama Astro Arena, semalam.  

Gambar yang tular di media sosial.Terdahulu, tidak sampai tiga bulan selepas didakwa bercerai, Zainal dan bekas isteri Fyna yang juga merupakan seorang penyanyi dilihat bersarapan bersama di sebuah restoran makanan Melayu di Damansara minggu lalu.

Fyna sebelum ini enggan memperincikan tentang pertemuan dengan bekas suami dan memohon agar diberikan ruang.

No, no, no! (Tidak, tidak, tidak)! Saya tak nak cakap apa-apa. Saya mohon difahami. Terima kasih sebab telefon tapi lebih baik saya tidak boleh beri sebarang komen,” katanya.

Ketika pertemuan, Fyna yang berambut paras bahu awalnya duduk secara berdepan dengan Zainal tetapi kemudian mengubah kedudukan lebih hampir dengan bekas suaminya.

Sementara itu, gara-gara gambar yang tular itu, netizen tertanya-tanya mengenai status perceraian yang pernah didedahkan anak perempuan Zainal, Zahira Aisyah.

Malah ada dalam kalangan pengikut laman sosial beranggapan Zainal dan Fyna atau nama sebenarnya, Nur Syafinaz Jebat sudah kembali rujuk.

Terdahulu, berita perceraian Fyna dan Zainal mula dihidu awal Mei lalu dan disahkan saudara terdekat Zainal, dua minggu kemudian. – MalaysiaGazette

Scroll to Top