Nada Embun syurga moden buat penghuni Seremban 2 Selatan

Nada Embun syurga moden buat penghuni Seremban 2 Selatan

MEMBELI rumah bukan perkara yang mudah bagi sesetengah individu terutama bagi mereka yang mementingkan pelbagai aspek. 

Antara ciri yang mampu menjadi nilai tambah kepada pembeli adalah kawasan perumahan yang selesa dan kondusif selain dilengkapi dengan pelbagai fasiliti dan kemudahan.

Bagi mereka yang sedang mencari kediaman yang kondusif, moden dan mampan untuk seisi keluarga, perumahan Nada Embun adalah pilihan kediaman yang tepat.  

Bukan sahaja menawarkan kediaman yang memenuhi keperluan gaya hidup masa kini, Nada Embun adalah sebuah perumahan eksklusif hak milik kekal yang dibangunkan oleh pemaju hartanah terkemuka, Seri Pajam Development. 

Dibina di atas tanah pegangan bebas berkeluasan 238 ekar, Nada Embun menawarkan kediaman praktikal dan minimalis yang selesa dan mampan. 

Menawarkan rumah satu dan dua tingkat, penduduk boleh menikmati keselesaan dengan  lapan taman konsep, satu taman rekreasi dan sepuluh ekar ruang hijau khusus.

Ketengah konsep rumah biofilik 

Nada Embun syurga moden buat penghuni Seremban 2 SelatanPerumahan Nada Embun dibina melalui dua fasa berbeza iaitu Fasa 1 dengan menampilkan rumah satu tingkat dengan tiga bilik tidur dan dua bilik mandi dengan saiz 1,199 kaki persegi daripada RM396,000. 

Fasa 2 memperkenalkan rumah pintar teres dua tingkat dengan saiz lot 20’x60′ dijual daripada RM522,000 dengan keluasan binaan 2,064 kaki persegi. 

Terletak di lokasi sasaran di dalam Lembah Wawasan Malaysia, Seremban 2 Selatan, Nada Embun adalah sebuah perumahan yang menggabungkan alam semula jadi dan kemodenan untuk mewujudkan pengalaman hidup penduduk yang harmoni. 

Menariknya, rumah ini dibina dengan bentuk biofilik, yang secara semula jadi menggabungkan penghuni dengan alam semulajadi. 

Bersesuaian dengan ciri biofilik, ruang tamu dan ruang makan Nada Embun berkonsepkan terbuka dengan pengudaraan dan cahaya semula jadi yang mencukupi.

Selain itu, penghuni juga bakal memiliki kawasan anjung dan halaman belakang rumah yang luas bagi meminimumkan keperluan pengubahsuaian tambahan. 

Kawasan dapur, bilik mandi, anjung kereta dan rumah Nada Embun dilengkapi dengan jubin penuh bagi memastikan proses penyelenggaran dan kebersihan yang mudah. 

Rumah dua tingkat Nada Embun menawarkan faedah tambahan bilik mandi bersambung di setiap bilik yang memberikan privasi untuk setiap ahli keluarga.

Rumah pintar lengkap teknologi moden 

Rumah Nada Embun turut memiliki nilai tambah dimana setiap rumah dilengkapi dengan sistem rumah pintar bersepadu seperti loceng pintu pintar, kunci rumah digital, penderia gerakan, kamera litar tertutup (CCTV), pintu pagar automatik pintar, pencahayaan pintar dan kawalan suara untuk peralatan rumah terpilih.

Ciri kemampanan di Nada Embun meliputi pelbagai aspek seperti petak pengasingan sisa, lampu taman solar, sistem penuaian air hujan, dan lorong basikal khusus, kepentingan alam sekitar. 

Nada Embun turut mementingkan keselamatan setiap penduduk dan komuniti dimana ia dilengkapi dengan sistem keselamatan berbilang peringkat yang menampilkan kawalan akses di rumah pengawal, kamera litar tertutup di sekitar Nada Embun, rondaan keselamatan 24 jam dan pagar perimeter. 

Lokasi perumahan strategik 

Setiap ruang rekreasi di Nada Embun dikhususkan penggunaan kepada penduduk sahaja yang meliputi kawasan padang perkelahan, trek larian, taman permainan kanak-kanak, astaka pelbagai fungsi yang luas dan pelbagai taman konsep dan ruang hijau dalam kawasan kejiranan. 

Kemudahan ini memberikan jaminan persekitaran yang selamat dan strategik di mana Nada Embun terletak di kawasan komersial dengan akses mudah ke bank, restoran dan pusat membeli-belah seperti AEON Seremban 2, Palm Mall dan MyDin Mall. 

Selain itu, kawasan sekitar Nada Embun mempunyai lebih 20 sekolah, termasuk taska, pusat pembelajaran swasta, sekolah antarabangsa dan Universiti, serta hospital dan perkhidmatan lain yang diperlukan. 

Perumahan ini turut dihubungkan dengan bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Putrajaya, Puchong, dan Bangi, dengan pemanduan selama 30-50 minit.

Seri Pajam Development komited untuk membantu pembeli mencapai impian pemilikan rumah. Syarikat itu menawarkan faedah seperti pelan pembayaran ansuran tanpa faedah  sehingga 36 bulan dan program pelanggan setia.

Pembeli tidak akan menanggung kos pendahuluan seperti yuran guaman perjanjian jualan dan pembelian, kerana pemaju menanggung duti setem untuk memorandum hak milik.

Rumah teres pintar dua tingkat yang baru dilancarkan di Nada Embun kini tersedia untuk dijual. Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan unit pilihan mereka, sila hubungi wakil jualan atau layari https://www.seripajam.com.my/nada-embun atau http://seripajam.com.my/nadaembun-2storey

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top