Pemandu treler berkenaan mengalami luka ringan di tangan, manakala baki yang terlibat, ada yang mengalami patah tangan dan ada juga yang tidak mengalami sebarang kecederaan.
A.Asmadi berkata, jumlah keseluruhan kenderaan terlibat dalam kemalangan itu ialah 14 buah, iaitu sebuah treler dan sebuah lori, tujuh kereta serta lima motosikal, termasuk sebuah motosikal polis trafik.
Beliau berkata, ujian air kencing terhadap pemandu treler didapati negatif dan pemandu itu akan direman esok, bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
Sementara itu, seorang pekerja swasta, Mohd Azuan Mohd Zain berkata beliau, tidak menyangka insiden kemalangan di Putrajaya yang tular di media sosial, melibatkan salah seorang ahli keluarganya.
Beliau berkata, dia mendapat perkhabaran mengenai kematian Yuswar, yang merupakan birasnya, daripada isterinya.
“Arwah ini sentiasa ringan tulang, suka membantu menyelesaikan apa jua masalah yang berlaku dalam keluarga,” kata Mohd Azuan, 37, ketika ditemui di perkarangan Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Putrajaya di sini hari ini.
Beliau berkata, ketika kejadian, Yuswar dipercayai sedang dalam perjalanan ke Istana Kehakiman Putrajaya atas urusan rasmi. – Bernama




