BENTONG – Proses pengundian Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Pelangai bermula pada jam 8 pagi tadi.
Sebanyak 16,383 pengundi berdaftar akan memilih wakil rakyat baharu bagi menggantikan Allahyarham Datuk Seri Johari Harun, 53, yang meninggal dunia akibat nahas pesawat terhempas di Elmina pada 17 Ogos lepas.
Sebanyak sembilan pusat mengundi dengan 30 saluran dibuka sehingga jam 6 petang ini.
Proses penjumlahan berlangsung di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi iaitu di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul di sini.
PRK Pelangai menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam, calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasni yang menggunakan simbol kereta.



