Aksi Belgium-Sweden ditunda susulan insiden tembakan

Aksi Belgium-Sweden ditunda susulan insiden tembakan

Suasana di Stadium King Baudouin ketika aksi Belgium dengan Sweden dihentikan susulan faktor keselamatan selepas dua warga Sweden maut ditembak dalam satu serangan di Brussels awal pagi Selasa. – Foto AFP

AKSI kelayakan Euro 2024 antara Belgium dengan Sweden dihentikan ketika rehat ekoran faktor keselamatan selepas dua warga Sweden maut ditembak dalam satu serangan di Brussels awal pagi Selasa.

Penonton di Stadium King Baudouin di ibu kota Belgium itu dimaklumkan agar kekal berada di venue perlawanan susulan pengumuman pemain tidak akan masuk ke padang bagi aksi separuh masa kedua.

“Berikutan serangan pengganas yang disyaki di Brussels malam ini (awal pagi Selasa), selepas berunding dengan kedua-dua pasukan serta polis, diputuskan bahawa aksi kelayakan Euro 2024 antara Belgium dan Sweden ditangguh,” kata UEFA dalam laman sesawangnya.

Insiden itu dipercayai melibatkan lelaki bersenjata memakai jaket oren melarikan diri dengan skuter.

Scroll to Top