NAIB juara Euro 2020, England layak ke pusingan akhir Euro 2024 selepas menewaskan penyandang juara Itali 3-1 dalam perlawanan Kumpulan C pada Rabu.
Biarpun begitu dalam perlawanan di Stadium Wembley itu, angkatan The Three Lions kendalian, Gareth Southgate terlebih dikejutkan penyandang juara Euro tersebut jaringan hasil sentuhan Gianluca Scamacca minit ke-15.
Namun kedudukan Gli Azzuri asuhan Luciano Spalletti tidak kekal lama apabila kapten England, Harry Kane memacu gol penyamaan hasil sepakan penalti pada minit ke-32 bagi mengikat perlawanan 1-1 pada separuh masa pertama.
Separuh masa kedua, Marcus Rashford menambah lagi jaringan kali ini pada minit ke-57 sebelum Kane menoktah tiga mata Three Lions dengan gol ketiga minit ke-77.



