Bengkel Kajian Semula Prestasi Sukan Asia bulan depan

Bengkel Kajian Semula Prestasi Sukan Asia bulan depan

MAJLIS Sukan Negara (MSN) akan mengadakan Bengkel Kajian Semula Prestasi Sukan Asia bersama pihak berkepentingan pada 8 November ini sebagai sebahagian daripada persiapan menghadapi temasya sukan peringkat antarabangsa.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, bengkel itu bakal melibatkan pakar-pakar daripada Universiti Sains Sukan Nippon (NSSU).

“Untuk Sukan SEA Kemboja juga, bengkel post-mortem yang sama telah diadakan untuk menambah baik program yang sedia ada,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri dalam persidangan Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang ingin tahu pencapaian atlet Malaysia dalam Sukan Asia Hangzhou 2022 baru-baru ini, serta perancangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk persediaan atlet dan pembangunan sukan bagi temasya peringkat antarabangsa akan datang.

Scroll to Top