Pelakon dan penyanyi Izzue Islam memuat naik hantaran istimewa sempena ulang tahun kelahiran isterinya, Awin Nurin.
Menerusi perkongsian di TikTok, Izzue memuat naik momen mereka bersama serta meluahkan rasa syukur dapat menunaikan hasrat isterinya mahu menunggang kuda.
BACA: Isteri Hadiahkan Izzue Islam Nissan GT-R R35 Sempena Hari Jadi
@izzueislam 21 Jun. Awin minta nak naik kuda je untuk hadiah hari jadi dia ? Jenuh jugak mencari, tapi Alhamdulillah… Allah permudahkan semuanya. Selamat Hari Lahir, sayang @Awin Nurin ?? I tak tahu berapa lama lagi Allah akan pinjamkan u untuk i. Tapi satu benda yang i nak u tahu… Kalau suatu hari nanti rambut kita sama-sama memutih, muka kita sama-sama berkedut, dan langkah kita dah tak sekuat hari ini… I harap tangan yang i pegang nanti masih tangan yang sama i pegang sekarang. Tangan u ? Kami diuji belum ada anak. Tapi sepanjang perjalanan ini, u tak pernah jadikan ujian sebagai alasan untuk menyerah. Sebaliknya, u memilih untuk terus bertahan, terus percaya, dan terus berjalan bersama i ? Mungkin i tak selalu tunjuk, dan mungkin i tak pandai meluah dengan kata-kata… tapi setiap hari, i bersyukur kerana Allah memilih u untuk menjadi teman hidup i. Bila i tengok u ketawa menunggang kuda di tepi pantai ni, hati i cuma ada satu doa… Ya Allah, bahagiakanlah wanita ini sebagaimana dia telah membahagiakan hidup aku selama ini. Selamat Hari Lahir, cinta hati saya ??
“Awin minta nak naik kuda je untuk hadiah hari jadi dia. Jenuh juga mencari, tapi Alhamdulillah… Allah permudahkan semuanya. Selamat Hari Lahir, sayang Awin Nurin. I tak tahu berapa lama lagi Allah akan pinjamkan you untuk I. Tapi satu benda yang I nak you tahu.
“Kalau suatu hari nanti rambut kita sama-sama memutih, muka kita sama-sama berkedut, dan langkah kita dah tak sekuat hari ini, I harap tangan yang I pegang nanti masih tangan yang sama I pegang sekarang. Tangan you,” tulisnya.
Sementara itu, Izzu berkata meskipun mereka belum diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata namun bersyukur memiliki Awin sebagai peneman hidupnya.
“Kami diuji belum ada anak. Tapi sepanjang perjalanan ini, you tak pernah jadikan ujian sebagai alasan untuk menyerah. Sebaliknya, you memilih untuk terus bertahan, terus percaya, dan terus berjalan bersama I ?
“Mungkin I tak selalu tunjuk, dan mungkin I tak pandai meluah dengan kata-kata… tapi setiap hari, I bersyukur kerana Allah memilih you untuk menjadi teman hidup I.
“Bila I tengok you ketawa menunggang kuda di tepi pantai ni, hati I cuma ada satu doa… Ya Allah, bahagiakanlah wanita ini sebagaimana dia telah membahagiakan hidup aku selama ini,” katanya.




