
Aksi pemain Terengganu FC, Ivan Mamut meraikan jaringan gol ketika menentang pasukan KL City FC pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Cheras pada Sabtu. – Foto Bernama
TERENGGANU FC (TFC) sepatutnya boleh membawa pulang bekalan lebih selesa berbanding hanya menang 2-1 ke atas Kuala Lumpur (KL) City dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada Sabtu.
Pengendalinya, Tomislav Steinbruckner berkata, beberapa peluang terhidang gagal disempurnakan jentera serangannya dan menyifatkan TFC masih belum selamat apabila saingan masih terbuka menjelang aksi separuh akhir kedua awal bulan depan.
“Pada pendapat saya, jaringan patut lebih besar kerana kami mempunyai tiga hingga empat peluang terbaik.
“Selepas itu, beberapa kesilapan memberikan gol untuk pasukan lawan.



